Oleh Collins Chong Yew Keat

KUALA LUMPUR, Malaysia: Lawatan Perdana Menteri India Modi ke Brunei dan Singapura menandakan permulaan fasa kedua dasar Act East Policy, dalam memperkukuh tumpuan terhadap Indo-Pasifik dan Asia Tenggara sebagai asas kepada kapasiti friendshoring India dalam usaha memacu tonggak national  interest dan juga dalam usaha mengekang China serta memperdalam keberadaaan New Delhi di rantau ini.

 Lawatan Modi ke Brunei dan Singapura pada 3 - 5 September menjadi petunjuk baharu dalam fokus terhadap Asia Tenggara, dan ini dilakukan dalam tempoh 100 hari selepas memegang jawatan dalam penggal ketiganya, yang menunjukkan kepentingan hubungan dengan ASEAN dan Indo-Pasifik dalam percaturan Modi dalamm mengemudi hala tuju dasar luar India.

 Dalam fasa kedua Act East Policy ini, penting untuk Modi untuk mempelbagaikan jaringan pulangan dalam sumber tenaga, ekonomi dan juga perluasan pengaruh diplomasi dan keselamatan. Ini akan memperkukuh jangkauan dan kedalaman pulangan dua hala dalam teknologi dan tenaga serta keuntungan geopolitik untuk New Delhi.

 Seperti yang ditekankan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri S Jaishankar, lawatan Modi ke Brunei dan Singapura merupakan kemajuan yang signifikan dalam Act East Policy, mencerminkan keberkesanan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan negara-negara Asia Tenggara ini.

 Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka tetap menjadi prinsip yang penting serta selaras dengan kepentingan nasional India, tetapi keutamaan utama adalah memastikan bahawa persahabatan yang diperluas berdasarkan keperluan dan kepercayaan bersama dibentuk, serta ancaman bersama dihadapi dengan lebih kukuh dalam menunjukkan solidariti terhadap norma dan keamanan serantau berdasarkan undang-undang dan laluan maritim yang bebas serta terbuka.

 Lawatan ke Brunei

 Di Brunei, Modi berusaha untuk meningkatkan perdagangan dan perjanjian tenaga serta memajukan hubungan sejarah antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

 Lawatan Modi ke Brunei adalah lawatan dua hala pertama oleh seorang Perdana Menteri India ke Brunei sejak negara itu merdeka pada 1984. Brunei pertama kali menjalin hubungan diplomatik dengan India pada Mei 1984.

 Lawatan dua hala Modi ke Brunei melambangkan era baharu dalam hubungan sempena ulang tahun ke-40 hubungan dua hala, ketika kedua-dua negara berusaha untuk saling bergantung untuk pulangan geopolitik.

 Kedua-dua negara telah menyatakan komitmen untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan kemampuan pelaburan yang dijangka akan menyokong usaha Brunei dalam diversifikasi ekonominya.

 Modi dan Sultan Bolkiah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai isu, termasuk pertahanan, kesalinghubungan, perdagangan dan pelaburan,  tenaga boleh diperbaharui, angkasa lepas, ICT, kesihatan dan farmaseutikal, pendidikan dan pembangunan kapasiti, budaya, pelancongan, belia serta pertukaran antara rakyat, serta isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

 Brunei kaya dengan bahan api fosil. India kini kekurangan tenaga, dan Brunei menawarkan domain baharu sokongan tenaga untuk India melalui bekalan gas asli cecair (LNG) ke India.

 Kedua-dua negara juga berusaha untuk meningkatkan pelancongan, kesalinghubungan perniagaan dan memperluaskan hubungan antara rakyat kedua-dua negara. Kedua-duanya bersetuju untuk memperkembang kerjasama dalam pertahanan dan maritim, termasuk pertukaran lawatan yang kerap, program latihan, latihan bersama, dan lawatan kapal tentera laut serta pengawal pantai antara kedua-dua negara.

 Kedua-dua pemimpin menegaskan komitmen mereka terhadap Indo-Pasifik yang terbuka, bebas, dan inklusif. Mereka juga menegaskan komitmen mereka untuk mengekalkan keamanan, kestabilan, keselamatan dan keselamatan maritim, serta kebebasan navigasi dan penerbangan, dan perdagangan yang tidak dihalang dalam laluan antarabangsa, selaras dengan undang-undang antarabangsa.

 Brunei sedang menghadapi perubahan baru dalam niat dan kapasiti peralihan geopolitik serta ekonominya, dan ia berusaha untuk mempelbagaikan kebergantungan serta meningkatkan usaha friendshoring baharu, terutamanya dalam bidang ekonomi dan pertahanan.

 Menghadapi cabaran baharu dalam tuntutan yang bersengketa di Laut China Selatan, dan dengan kemungkinan peningkatan dalam perlumbaan senjata dan dilema keselamatan pada masa hadapan, Brunei melihat India sebagai kuasa ketiga yang diperlukan untuk membantu menstabilkan keseimbangan kuasa serantau serta berfungsi sebagai penyeimbang kuasa.

 Walaupun Brunei berhasrat mempercepatkan peralihan ekonomi dan tenaga daripada industri bahan api fosil, fasa ini bergantung pada fallback jangka panjang yang mencukupi serta sekutu kuasa baharu yang mampu dan berupaya. Ini dilihat kritikal dan strategik dalan menjamin  persahabatan yang selaras dengan pendekatan dasar luar Brunei serta dalam memastikan keselamatan rejim domestik jangka panjang.

 India melihat Brunei sebagai pelaku yang semakin meningkat dalam percaturan keseimbangan kuasa dan pulangan Act East Policy, dan kelebihan geografi serta pulangan perdagangan jangka panjangnya akan membolehkan India memperluaskan kapasiti friendshoring menjangkaui  Malaysia dan Indonesia.

 Dengan pengukuhan power projection  China di Laut China Selatan, dengan pangkalan Ream serta implikasi masa depan Terusan Funan Techo di Kemboja, Brunei melihat India sebagai kuasa ketiga yang diperlukan untuk memberikan jaminan baharu kepada rantau ini dan juga secara langsung kepada Brunei. 

 Lawatan ke Singapura

 Lawatan Modi ke Singapura membawa era baharu dalam hubungan dua hala apabila kedua-dua negara bersetuju untuk menaik taraf hubungan mereka kepada Perkongsian Strategik Komprehensif. Hubungan yang dipertingkatkan ini bertujuan untuk memperdalam kerjasama dalam bidang utama seperti pertahanan, teknologi, dan pembangunan ekonomi.

 Lawatan ini memberi Modi platform baharu untuk memperdalam hubungan peribadi dengan Perdana Menteri Wong, memastikan bahawa era baharu dalam hubungan akan diisi dengan perkiraan multifaceted returns dan pulangan strategik jangka panjang. 

 Singapura juga menjadi pelengkap kehadiran baharu India yang merangkumi rantaian Nicobar Island Chain hingga ke Selat Melaka. Kapasiti kukuh dalam hubungan antara rakyat serta hubungan komersial dan ekonomi yang mendalam, kedua-dua Singapura dan New Delhi mempertaruhkan strategi masing-masing dalam menghadapi ancaman serta cabaran bersama, dan kedua-duanya berusaha untuk lebih bergantung pada kuasa penyeimbang Barat yang lebih kukuh di rantau ini, namun tetap pragmatik dalam percaturan kuasanya. 

 Singapura memberikan pulangan saling menguntungkan bagi New Delhi, terutamanya dalam bidang pembangunan teknologi bersama, perdagangan, dan kemajuan ekonomi. Ketika India secara signifikan memperluaskan pengeluaran semikonduktor serta cip dan peralihan teknologi tinggi, ia melihat Singapura sebagai faktor pelengkap dalam kapasiti teknologi maju yang akan menjadi asas dan sinergi pasaran penghubung bagi transformasi ekonomi digital serta teknologi tinggi India yang semakin meningkat.

 Seperti dalam kes Brunei, hubungan dua hala dengan Singapura telah dinaik taraf ke tahap perkongsian strategik komprehensif.

 Kedua-duanya telah mengenal pasti enam tonggak utama (kelestarian, pendigitalan, pembangunan kemahiran, penjagaan kesihatan, sektor pembuatan baharu, dan kesalinghubungan) untuk kerjasama dua hala.

 Kerjasama yang dipertingkatkan dalam pertahanan dan keselamatan, kesedaran domain maritim, pendidikan, Artificial Intelligence, fintech, teknologi baharu, sains dan teknologi, dan perkongsian pengetahuan juga akan dilaksanakan.

 Tumpuan utama pada kerjasama teknologi tinggi tercermin dalam MOU dalam teknologi digital seperti infrastruktur awam digital, keselamatan siber, 5G, dan teknologi baru muncul seperti pengkomputeran super, pengkomputeran kuantum, dan Artificial Intelligence.

 Singapura menyumbang 10 peratus daripada output semikonduktor global, 5 peratus kapasiti fabrikasi global, dan 20 peratus pengeluaran peralatan semikonduktor. Kerjasama dalam sektor cip ini akan menyaksikan penglibatan yang lebih besar daripada syarikat Singapura di India, kerana mereka berusaha untuk memanfaatkan kepimpinan dan niat India yang semakin meningkat dalam bidang ini.

 Modi menandakan bab baharu dalam dimensi langkah geopolitiknya sejak beberapa bulan kebelakangan ini sejak bermulanya penggal baharunya, dengan lawatan ke rantau ini dan ke Ukraine. 

 Semua ini menandakan perluasan sempadan baharu kuasa India yang semakin meningkat serta menghantar mesej jelas kepada sekutu, bakal sekutu, dan ancaman masa depan, bahawa New Delhi mempunyai sandaran dan bargaining chip tersendiri serta fleksibiliti strategik dan pragmatik dalam percaturan tidak berpaksi strategiknya. Ini  untuk memastikan pulangan terbaik kepada keselamatan dan kepentingan nasionalnya, berdasarkan puluhan tahun diplomasi dan dasar luar yang berjaya yang berdasarkan kepada pragmatisme serta perubahan haluan mengikut skop semasa. 

 *Collins Chong Yew Keat ialah Penganalisis Strategi, Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa di Universiti Malaya.*