Oleh Kamarudin Mohd Hussain
KUALA LUMPUR, Malaysia-Kami dari Gabungan Teksi Malaysia menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Tuan Anthony Loke untuk tidak menyambung kontrak PUSPAKOM.
Keputusan tersebut pasti memberi manfaat kepada jutaan pengendali perkhidmatan dan pengangkutan awam darat negara.
Sebelum ini kami tidak mempunyai pilihan, malah kami sering teraniaya oleh segelintir penguji-penguji kenderaan PUSPAKOM yang tidak bertanggungjawab.
Selain daripada kami terpaksa menunggu begitu lama untuk pemeriksaan kenderaan sekali pun telah membuat tempahan, kami juga terpaksa berhadapan dengan ketidaktelusan penguji PUSPAKOM.
Melalui pengalaman saya sendiri, saya pernah membawa kenderaan Kereta Sewa saya Naza Ria no pendaftaran JKB9290 untuk pemeriksaan di PUSPAKOM, sebelum itu saya yang juga pemilik bengkel kenderaan telah menyelenggara sendiri Hand Brake kenderaan saya, namun bila melalui pemeriksaan di PUSPAKOM, keputusan yang dikeluarkan saya gagal pemeriksaan Hand Brake.
Saya tidak berpuas hati, lalu saya berjumpa dengan Pengarah PUSPAKOM terbabit dan menggunakan hak saya sebagai pemilik kenderaan untuk menguji sendiri kenderaan saya di atas litar PUSPAKOM dan hasilnya, 2 kali diuji, 2 kali keputusan lulus.
Inilah sebahagian masalah yang terpaksa kami hadapi sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.
Pegawai kaunter yang tidak mesra pelanggan, penguji yang tidak jujur, dan perkhidmatan yang lembab.
Selain itu suasana di PUSPAKOM juga agak mengecewakan, selain panas, kemudahan asas disana juga tidak memuaskan, walhal kami bayar perkhidmatan mereka.
Kami ingin memberi kecaman atau memburuk-burukkan PUSPAKOM, tetapi itulah realitinya.
Sehubungan dengan itu, kami menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak menyambung kontrak PUSPAKOM dan membuka peluang kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menyediakan pusat perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor.
Kami yakin pelaksanaan tersebut bakal memberi manfaat kepada jutaan pemilik kenderaan.
Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Menteri Pengangkutan dan seluruh jemaah Menteri yang telah membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat, inilah kerajaan yang benar-benar menjiwai nasib rakyat.
Kami harap, selepas ini akan ada lebih banyak pengumuman-pengumuman yang membela nasib kami.
*Kamarudin Mohd Hussain ialah YDP Gabungan Teksi Malaysia.*
Hot news
GTSM Menyambut Baik Pengumuman Penghentian Monopoli PUSPAKOM
0 Comments
44442 view
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published