By Aiman Athirah Al Jundi
1. Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) menjunjung kasih titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu atas kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan kelmarin. Adalah jelas dan tuntas disebut betapa kerajaan PN yang ada pada hari ini telah gagal untuk mengawal bukan sahaja pandemik Covid-19 tetapi juga gagal mengurus ekonomi negara dan perpaduan sosial rakyat keseluruhan.
KDYMM Tuanku juga telah menekankan tentang betapa pentingnya kestabilan politik dengan adanya kerajaan yang mendapat mandat rakyat bagi memerangi wabak Covid-19 secara berkesan.
2. Seiring pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan, kami juga berpandangan bahawa adalah amat jelas akan Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong agar Parlimen segera bersidang. Titah KDYMM SPB ini adalah amat penting dan tepat pada waktunya kerana negara ketika ini sedang menghadapi situasi paling kritikal akibat krisis kesihatan yang meruncing, kelembapan ekonomi dan ancaman kelangsungan hidup rakyat, natijah kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengemudi negara.
3. Malah kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu (MRRM) yang senada menyeru agar sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri-Negeri dipanggil segera adalah isyarat jelas lagi tuntas akan kepentingan agar negara ini dapat terus memelihara prinsip Demokrasi Berparlimen dan Keluhuran Perlembagaan terutamanya dalam situasi pandemik yang mencengkam setelah lebih setahun ia berlalu.
4. Kami menyokong penuh akan pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan yang menegaskan bahawa amatlah penting Parlimen dibuka semula sekarang agar semak imbang tata kelola dan perjalanan pentadbiran Putrajaya dapat dilakukan, Ordinan-Ordinan Darurat serta Pelan Pemulihan Negara dapat dibahas, peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu
rakyat dapat dibincang dan suara rintihan isi hati rakyat dapat didengar dengan jelas melalui suara perwakilan-perwakilan rakyat yang telah sah diberi mandat oleh pengundi di seluruh negara.
5. Kami menjunjung kasih KDYMM Raja-Raja Melayu yang telah turut menitahkan pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang bagi menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab (accountable), dan tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021.
6. Kami kekal berpendirian bahawa pengisytiharan darurat ini hanya bertujuan mengekalkan kuasa politik PN dan Perdana Menteri yang telah kehilangan majoriti, kredibiliti dan legitimasi; suatu pengisytiharan yang tidak berlandaskan sains dan data, mengabaikan pandangan pakar-pakar kesihatan awam dalam menangani penularan wabak mahupun ahli-ahli ekonomi dalam menangani dampak ekonomi kesan pandemik. Hakikatnya, pengisytiharan darurat ini bukan sahaja tidak memberikan sebarang kelebihan atau manfaat dalam respons negara menangani pandemik Covid-19, malah telah menjadi asbab krisis semakin parah akibat pemusatan kuasa-kuasa mutlak kepada kerajaan yang lemah dan tidak mendapat mandat rakyat.
7. Kami menggesa agar PARLIMEN DAN DUN SEGERA DIBUKA tanpa syarat, dan tidak perlu menunggu sehingga bulan September sepertimana yang disuarakan oleh Menteri bertanggungjawab urusan Parlimen, Dato' Takiyuddin Hassan. Kegagalan PM dan kerajaan PN memahami titah KDYMM SPBYDPA dan MRRM agar Parlimen dan Dun segera dibuka hanyalah akan memberi gambaran kepada umum akan penderhakaan mereka terhadap titah KDYMM Tuanku. Pada masa yang sama akan menyerlahkan bahawa kerajaan yang ada ini jika diteruskan juga adalah sebuah kerajaan yang lemah, dengan PM nya yang bukan sahaja sudah hilang keyakinan untuk mentadbir, bahkan juga telah kehilangan kepercayaan rakyat dan KDYMM Tuanku. Jalan sewajarnya yang dipilih oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin adalah berundur secara terhormat.
8. Seandainya kerajaan PN yang ada pada hari ini terus mengabaikan titah KDYMM Tuanku darihal pembukaan Parlimen ini, maka kami ingin menyatakan pandangan kami bahawa KDYMM Tuanku bolehlah mempertimbangkan untuk menggunakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, sepertimana pada seksyen 14 (1)(b) yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen tanpa perlu nasihat Perdana Menteri.
9. Kami secara konsisten menekankan bahawa sebarang keputusan berkaitan menangani krisis politik, kesihatan dan ekonomi kini sewajarnya dilakukan di Parlimen sebagai institusi tertinggi demokrasi yang mewakili suara semua rakyat. Parlimen dan DUN adalah hak rakyat dan tempat di mana hak dan suara mereka didengar secara jelas dan konstruktif.
10. Pentadbiran PN wajib dipertanggungjawabkan atas kegagalan menangani krisis kesihatan akibat pandemik Covid-19 yang sehingga kini telah meragut nyawa sejumlah 4,142 orang (sehingga 16 Jun 2021), dan krisis ekonomi semasa yang menjejaskan kelangsungan hidup jutaan rakyat, di samping menjadi asbab kepada berlakunya krisis politik berpanjangan akibat langkah-langkah pengkhianatan mereka.
11. Mengambil isyarat daripada titah Majlis Raja-Raja ini, kami juga mengulangi pendirian agar sebuah Konsensus Nasional Selamatkan Malaysia, atau tidak kiralah apa namanya perlu segera mengambil tempat perbincangan serius sebagai platform perbincangan semua Ahli Parlimen Pembangkang bersama Ahli-ahli Parlimen yang waras untuk sama-sama bertindak menghentikan pentadbiran PN yang gagalis ini. Kejayaan inisiatif ini memungkinkan peralihan kuasa secara kemas berlaku dengan dibantu oleh semua pihak berkuasa atas nasihat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
*The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of INS.*
Hot news
Tamat darurat, buka parlimen dan jangan derhaka ada titah Tuanku
0 Comments
73496 view
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published