Oleh Kamaruddin Hussain

KUALA LUMPUR, Malaysia--Kami dari Gabungan Teksi Malaysia memanjatkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Selangor - MAIS yang meluluskan permohonan kami untuk mendapatkan bantuan One Off RM500 kepada pemandu Teksi Kereta Sewa Islam di Selangor.

Majlis simbolik penyerahan replika cek MAIS telah disampaikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS kepada wakil penerima RSAFM iaitu Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin & Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia - GTSM. Turut hadir bersama Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.

Kami turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pembayar Zakat Selangor, InsyaAllah sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kami dan memberi manfaat kepada pemandu-pemandu kami yang kini benar-benar berada di dalam kesusahan.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat - APAD Ybhg Datuk Azlan Shah Al Bakri yang telah memberi kerjasama kepada kami mendapatkan senarai nama pemandu Teksi Kereta Sewa Selangor.

Sumbangan ini akan mula diagihkan kepada penerima dalam waktu terdekat, sehubungan dengan itu kami ingin menyeru kepada semua pemandu Teksi Kereta Sewa Selangor agar membuat semakan nama mereka di FB Dunia Teksi.
 
*Kamaruddin Hussain ialah Presiden Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se-Malaysia (GTSM)*