Oleh Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin


KUALA LUMPUR, Malaysia--Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini membidas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan bahawa tiada sebarang perjanjian antara Perdana Menteri dan Perikatan Nasional bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Jom kita tengok balik kenyataan media Perikatan Nasional semasa pembentukan Kerajaan pimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri yang menggariskan syarat-syarat sokongan mereka kepada YAB Perdana Menteri.

Yang disebut hanyalah untuk memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik adalah terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Tidak ada sebarang pengumuman bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah tuntutan ‘Perikatan Nasional’.

Datuk Wan Saiful, di samping rakyat sedang mengalami inflasi yang kian meningkat, apakah kepentingan melantik Timbalan Perdana Menteri atau jawatan-jawatan lain dalam Kerajaan yang dituntut oleh Tan Sri Muhyiddin?

Tumpukan usaha kepada penyelesaian dan bantu la Perdana Menteri. Datuk Wan Saiful semenjak dilantik jadi Pengerusi PTPTN pun tak dapat nak tunaikan janji Pakatan Harapan (yang dulu Datuk sebahagian daripadanya).

Kalau Datuk Wan Saiful sifatkan Shahril sebagai ‘ejen’ Presiden UMNO. Shahril dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Beliau adalah ‘ejen’ UMNO. Berbeza dengan Datuk Wan Saiful yang macam kartun serupa Ejen Ali.