KUALA LUMPUR, Malaysia--Sekretariat Undi Automatik 18 Tahun Barisan Nasional menyambut baik pengumuman YB Dato' Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang - Undang) yang mengarahkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bersiap sedia melaksanakan Undi 18 sebelum 31 Disember 2021 seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching.
Hot news
UNDI 18 akan mengusahakan pembinaan negara bangsa yang lebih inklusif
0 Comments
88052 view
KUALA LUMPUR, Malaysia--Sekretariat Undi Automatik 18 Tahun Barisan Nasional menyambut baik pengumuman YB Dato' Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang - Undang) yang mengarahkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bersiap sedia melaksanakan Undi 18 sebelum 31 Disember 2021 seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching.
Walaupun YB Dato' Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam pengumuman yang sama telah menyatakan bahawa kerajaan belum memutuskan sama ada untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuching ataupun tidak, Sekretariat Undi Automatik 18 Tahun Barisan Nasional berharap agar kerajaan tidak akan merayu keputusan tersebut.
Kerajaan perlu akui bahawa sebarang tindakan yang seolah-olah menunjukkan kerajaan tidak komited untuk melaksanakan Undi 18 akan hanya terus menjauhkan lagi pengundi muda dari terlibat dalam sebarang usaha kerajaan.
Untuk berdepan dengan pandemik ini, kita perlukan penglibatan segenap masyarakat ataupun "a whole of a nation approach". Ini termasuk penglibatan secara langsung ataupun tidak langsung pengundi muda dalam pentadbiran dan pengurusan negara.
Sekretariat Undi Automatik 18 Tahun Barisan Nasional juga berharap pihak SPR akan segera bergerak untuk melaksanakan beberapa usaha termasuk penganjuran kelas-kelas pendidikan politik dan pentadbiran secara dalam talian melibatkan kerjasama rentas parti disamping menggerakkan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pengundi muda untuk terus bersiap sedia.
Pengumuman YB Dato' Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunjukkan komitmen kerajaan melaksanakan Undi 18 selaras dengan gagasan Keluarga Malaysia YAB Perdana Menteri yang memberi penekanan pada usaha membina negara bangsa yang lebih inklusif dengan penglibatan segenap masyarakat.
Sekretariat Undi Automatik 18 Tahun Barisan Nasional berharap agar semua pihak yang terlibat akan terus mendukung dan menyokong usaha pemerkasaan hak anak muda demi ini masa hadapan masyarakat dan negara.
*Dato' Sivarraajh Chandran adalah naib presiden MIC dan Ketua Pasukan Khas Undi Automatik 18 Tahun Barisan*
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published