Source Tree Light
Wahai ahli-ahli pemerintah,
Anda diangkat dek rakyat kerana ada kepercayaan untuk membela nasib. Tahniah! Ini kerana anda punya jiwa untuk membantu yang kurang bernasib baik. Anda dilihat hendak melaksanakan yang terbaik buat rakyat jelata. Anda punya tanggungjawap untuk semua peringkat lapisan masyarakat. Satu tugas yang dikira cukup murni dan suci.
Pengorbanan adalah salah satu sifat wajib yang anda perlu lakukan. Baik dari segi masa, tenaga, wang ringgit, keluarga dan macam-macam lagi. Pulangan nya belum menjamin anda berada ditampuk yang diimpikan oleh para penguasa, iaitu posisi dan pengaruh. Tapi hari ini, anda sudah dapat kecapi nya, samada dengan rasa berat diri kerana tugas dan tanggungjawap? Mahupun dengan rasa bangga kerana penghormatan yang diberi. Ya, dalam kepayahan ada senyuman terukir dek rasa hormat dan pengaruh yang ada.
Anda dinilai dari aspek keikhlasan, bukan retorik harapnya. Kerana pengaruh yang ada dinilai pada impak dan hasil. Bukan mudah untuk yang ada kuasa memanifestasikan nya demi manfaat kepada rakyat. Malahan, tidak dapat memenuhi keperluan setiap orang yang punya pelbagai kehendak dan naluri.
Perlukan proses pendidikan kepada rakyat, untuk mereka dokong agenda yang dititah. Kepercayaan dua hala dilihat sangat penting untuk kehidupan yang damai sejahtera. Yang berkuasa memberi didikan yang baik dan mudah kepada rakyat. Memberi perlindungan dan keperluan yang cukup untuk mereka. Sebaliknya, rakyat perlu akur dengan gaya dan corak model kehidupan yang dipimpin. Bukan dengan membantah. Mari kita kaji, kerana apa ada bantahan, protes dan ketidakpuashati dari jiwa kerakyatan?
Satu aspek, adalah masalah makan, pakai dan tempat tinggal. Itu asas. Sekirannya terpenuhi tanpa ada keperitan untuk memenuhi keperluan ini, dikira satu kejayaan. Rakyat mampu memberi balas kepercayaan kepada sang pemerintah. Sekejap! Kenapa pula cukup sukar untuk memenuhi keperluan asas ini kepada segenap sendi manusia? Jawapan adalah nilai material yang menjadi punca.
Kita tidak pernah puas dengan material kerana model kehidupan hari ini, landasannya ke situ. Maka, perebutan, penindasan, pembulian, serta kebinatangan terserlah pada sifat-sifat manusia serata tempat. Baik di peringkat atasan pemerintah yang korupsi, mahupun di peringkat rakyat. Terfikir sejenak, tidak ada korupsi dalam kemiskinan. Tidak aneh kan?
Jadi, manakah kepercayaan antara yang diperintah dan pemerintah. Maka, mahkamah lah menjadi muka pengadilan yang seharusnya menegakkan keadilan, bukan mencari salah mana-mana pihak. Cuba dibayangkan, kiranya landasan bukan nya material, tetapi akhlak dan adab serta karaktek sang Pencipta yang telah menunjukkan ciptaan nya di alam ini yang saling tidak menodai antara satu sama lain, saling beredar di garis yang telah ditetapkan tanpa ada perebutan.
Pasti, kehidupan manusia juga boleh diorbitkan sebegitu rupa. Tidak perlu mahkamah. Tidak perlu penjara. Tidak perlu polis dan tentera. Tidak perlu perjanjian yang tidak munasabah. Hukum alam berlaku disegenap sendi kehidupan makhluk sang Pencipta.
Jika dilihat, orang yang sudah berkuasa memang sukar untuk melepaskan kuasa. Kerana kuasa punya nilai retorik yang tinggi kepada rakyat. Samada jalan yang dipimpin adalah hak atau sebaliknya. Mampu kah mengubah persepsi manusia. Apatah lagi tujuan hidup rakyat yang samar dengan hala tuju ini. Tidak jelas dengan corak pemerintahan yang akhir kalam nya seperti mana yang dibangkitkan tadi, iaitu material.
Benar, material itu penting untuk memenuhi keperluan hidup, tetapi jangan dijadikan tujuan hidup manusia. Kerana masalah kuasa itu puncanya juga dari situ. Tujuan seharusnya ke kehidupan yang aman makmur. Bila orientasi hidup kita halakan kepada kemakmuran, sudah tentu kita korbankan untuk ‘jiran’ kita. Iaitu orang awam yang sama-sama dapat menikmati kehidupan yang indah ini. Seperti Nabi Isa bersabda, sayangi lah jiran anda.
Bermaksud, kehidupan kita ini saling memerlukan di antara satu sama lain. Sekiranya semua faham tugas dan fungsi diri, amat mudah perjalanan hidup ini. Makanya, pemerintah lah yang seharusnya memahamkan orientasi hidup rakyatnya. Bukan dengan material, tetapi dengan ilmu kebenaran ini. Sekian untuk masa ini. Diharap pihak pemerintah mampu mengolah sedikit pandangan kerdil ku ini. Wassalam
*The views expressed are those of the writers and do not necessarily reflect those of INS.*
Hot news
WARKAH KEPADA SANG PEMERINTAH
0 Comments
78541 view
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published