Hot news
Pengadu Simpati Tarik Balik Kes Vally. Bilakah Peguam Negara Nak Bersimpati?
0 Comments
91335 view
Oleh S.Arutchelvan
KUALA LUMPUR, Malaysia--Hari ini saya mendapat panggilan telefon dari Vally. Dalam separuh menangis dan gembira, Vally berkata kes hari ini telah ditarik balik oleh Pengadu dan dia ada satu kes lagi di mahkamah.
Suara Vally berbeza 40 minit sebelum itu, dia panggil saya dan berkata bahawa jika dia tidak mengaku salah dan minta kes dibicarakan dan jika dia kalah, dia akan didenda dan masuk penjara.
Vally cakap dia pening kepala tetapi jika dia sedia bayar pengadu duit RM390, maka kes akan digugurkan. Maka saya tanya Vally, apakah pendiriannya? Vally kata dia tidak bersalah.
Dia telah ditipu oleh scammer tetapi kini pula dia didakwa. Dia berkata dia akan lawan kerana dia hendak menegakkan kebenaran.
Kes hari ini berakhir dengan Pengadu menarik balik dakwaannya di mahkamah dan Vally telah dibebaskan dan dilepaskan (discharged and acquitted -DAA). Namun Vally masih ada satu lagi kes manakala suaminya ada lagi 2 kes yang belum dibicarakan.
Terdapat juga kes-kes yang belum lagi didakwa.
Vally bernasib baik kerana dia ada satu pasukan peguam yang melakukan kes ini secara percuma. Hari ini, beliau diwakili oleh Kirthiraj Rajasundram yang berjaya mendapatkan kes Vally dilepaskan. Selain dari dia, ada team yang membantu yang cukup komited seperti peguam Yen Hui, Shasi Devan, Asiah dan Kogila.
Yang pentingnya, selain dari membuat kes secara percuma, mereka juga tidak mengambil jalan singkat untuk nasihatkan atau ugut anakguam untuk mengaku salah sahaja dengan membayar denda.

Di mahkamah sebelum kes hari ini, Vally telah dinasihatkan oleh polis dan peguam untuk mengaku salah. Jika Vally mengaku salah, maka dendanya adalah RM 500 sehingga RM 1000, tetapi jika dia tidak mengaku salah, duit jaminan adalah antara RM 1000 sehingga RM6000.
Ini menyebabkan Vally dan ramai mangsa scammer mengambil pilihan mengaku salah walaupun pada hakikatnya mereka tidak bersalah.
Yang lebih meyakitkan adalah untuk kesalahan di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil walaupun denda maksima adalah RM 1000, adakalanya mangsa scammer diminta membayar wang jamin mahkamah jauh lebih tinggi dari angka ini jika mereka tidak mahu mengaku salah.

Mereka biasa diberi pilihan iaitu adakah mereka mahu mengaku salah dibawah seksyen 29 dan jika mereka mahu kes dibicarakan, mereka akan diugut bahawa mereka akan didakwa dibawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan, yang lebih tinggi hukuman denda dan penjara. Maka pertuduhan pilihan diberikan maka ramai OKT lebih rela untuk mengaku sahaja kepada seksyen 29 dan bayar denda.
Sebenarnya kami di PSM telah memulakan satu Jawatankuasa Kecil dan juga dengan bantuan Pusat Bantuan Guaman dan team pasukan peguam yang dedikasi ini mula mengambil pendirian untuk mencabar dan melawan kes-kes ini kerana dalam kes-kes ini kami berpendirian golongan mangsa scam ini tidak bersalah, tetapi mereka yang dalam kesusahan didakwa di mahkamah.
Yang didakwa adalah mereka yang telah ditipu semasa cuba mendapat bantuan pinjaman wang dan sebagainya. Mereka ditipu oleh scammer besar. Mangsa scam ini dalam kes-kes yang kami kendalikan tidak bersekongkol malah tidak mendapat sesen pun keuntungan. Mereka juga mempunyai bukti yang cukup tetapi biasanya polis tidak mahu mendengar alasan mereka.

Polis hanya berminat untuk tutup kes dan tidak membuat siasatan atau mengambil inisiatif untuk mencari scammer besar tetapi mengambil langkah shortcut membuat siasatan dimana orang-orang kecil mangsa scammer ditahan dan didakwa.
Namun polis berkata mereka hanya menjalankan siasatan dan yang mendakwa adalah bahagian Pendakwaan. Bahagian pendakwaan pula senada sejiwa untuk mendakwa orang-orang kecil ini. Manakala scammer besar yang beroperasi di dalam dan luar negara masih bermaharajalela.
Baru March tahun ini, mantan IGP Tan Sri Abdul Hamid Bador telah berkata bahawa Datuk Seri Nicky Liow – scammer besar telah terlepas dari tahanan polis dimana beliau berkata seramai 34 orang pegawai polis terlibat dan bersekongkol yang beliau labelkan sebagai kartel dalam polis. Ini memberikan gambaran – satu sistem, dua darjat.
Bila ditanya Polis, mengapa mereka menangkap mangsa-mangsa ini, anggota Polis pula berkata bahawa mereka juga ditekan oleh pihak atasan kerana terlalu banyak kes scammer.
Bila ditanya Polis, mengapa mereka menangkap mangsa-mangsa ini, anggota Polis pula berkata bahawa mereka juga ditekan oleh pihak atasan kerana terlalu banyak kes scammer.
Maka polis hanya tangkap mereka yang bank akaun mereka dijadikan akaun keldai dan selepas habiskan siasatan, kebanyakkan kes ini, polis akan menasihatkan mangsa scam ini untuk mengaku salah dan bayar denda sahaja!
Tetapi jika mereka tidak mengaku salah, mereka akan dikenakan duit jamin yang lebih tinggi dan akan dituduh atas tuduhan yang lebih tinggi. Ramai telah menjadi mangsa sistem yang tidak adil dimana sistem ini menghukum mereka yang tidak bersalah.
Ini adalah kes pertama yang diambil kami di Pusat Khidmat PSM setelah kami dikejutkan dengan cerita cubaan membunuh diri oleh Vally dan suaminya bersama dua orang anak Vally berumur 12 dan 16 tahun dengan meminum racun serangga. Nasib baik anak berumur 16 tahun memaklumkan kepada nenek mereka yang dalam masa 20 minit sempat nenek dan datuk datang ke rumah dan selamatkan mereka. Mereka semua menangis.
Arumugam dan Vally – seorang pemandu lori gas dan seorang lagi angkat tong gas. Mereka ditipu semasa cuba membuat pinjaman wang oleh seorang yang mengatakan beliau adalah agen bank telah menipu mereka.

Mereka hanya mahu pinjaman wang tetapi akhirnya scammer yang dakwa sebagai agen bank telah menipu mereka dan kad ATM dan akaun mereka digunakan tanpa pengetahuan mereka untuk menipu mangsa-mangsa scam yang lain yang apa yang dikenali sebagai Macau scam.
Akhirnya keluarga B40 ini mendapati mereka terlibat dalam 27 kes dengan jumlah wang lebih kurang RM 260,000. Berdepan dengan ini, mereka cuba mengambil nyawa mereka sendiri.
Kami setelah mengambil kes ini dan telah menulis kepada Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Majlis Peguam Negara, SUHAKAM dan EAIC. Akhirnya kami berjumpa dengan Pegawai kedua tertinggi dari Jabatan Jenayah Perdagangan.

Kami juga membuat representasi untuk kes ini digugurkan. Namun dua orang ini tidak mendapat pembelaan malah sistem pendakwaan, masih mahu mendakwa mereka walaupun mereka adalah mangsa manakala ada juga kes dimana majistret sendiri mencadangkan untuk mangsa untuk mengaku salah sahaja kerana menjimatkan masa mahkamah.
Peguam Asiah Abdul Jalil yang banyak membantu mangsa kes sebegini berkata dalam semua kes yang minta untuk dibicara, walaupun kemenangan kepada mangsa ada tetapi ramai mangsa tidak dapat tahan kerana mereka terpaksa turun naik mahkamah beberapa kali, kes di mahkamah yang terletak jauh dari tempat tinggal mereka dan nasihat dari pihak polis untuk mengaku salah, maka ramai mangsa scam tidak ada stamina untuk melawan dan tewas begitu.
Asiah Abdul Jalil berkata dalam satu lagi kesnya di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini, pihak pendakwaan memfailkan notis menarik balik rayuan setelah mahkamah majistret melepaskan anak guamnya.

Asiah amat marah dan berkata suka-suka hati mendakwa anak guamnya sampai berbelas-belas pertuduhan, bila dah kalah suka-suka hati nak merayu dan sekarang pula suka-suka hati nak tarik balik rayuan. Begitulah rintangan dan cabaran mereka yang ditipu oleh scammer. Asiah berazam untuk mencabar notis ini dibawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Maka hari ini, Vally bernasib baik kerana Pengadu bersimpati dengannya. Vally adalah seorang ibu yang memang rajin dan menghadapi pelbagai dugaan hidup. Ini adalah gambar video beliau menghantar tong gas ke rumah bertingkat.

Saya turut terkejut kerana ingatkan kerja seberat ini hanya dilakukan oleh orang lelaki. Inilah lumrah hidup rakyat marhaen. Hari ini Vally terlepas tetapi bilakah Peguam Negara akan bersimpati dan mencari penjenayah sebenar dan bukan orang-orang kecil ini.
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published