Oleh Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, Malaysia--Sepatutnya Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bila berjumpa dengan YAB Perdana Menteri melaporkan kepada Ketua Kerajaan berkenaan dapatan atau cadangan Majlis untuk menangani isu pemulihan.

Tapi nampaknya YB Tan Sri Muhyiddin Yassin ambil kesempatan untuk membincangkan isu ‘lantikan jawatan baharu’ termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sudahlah begitu, hebahkan pula kepada umum untuk cuba beri tekanan kepada PM.

PM yang akan menentukan lantikan Kabinet. Tak perlu didesak sesiapa terutamanya pemimpin dari parti lain. Dan isu lantikan Kabinet bukan keutamaan saat ini.

Adakah kalau ada TPM dari PPBM akan selesai isu rakyat?

BN baik dari dalam atau luar Kerajaan akan terus memfokuskan usaha dan beri cadangan menangani isu rakyat.

Pengerusi PN barangkali lebih sibuk isu jawatan Kabinet dan memuktamadkan isu logo yang tak habis-habis dibincangkan.