Oleh Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR, Malaysia--Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada hari ini telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Tuntutan Hak Penghantar Malaysia dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persatuan Penghantar dan wakil-wakil Kesatuan P-Hailing dan E-Hailing bagi membincangkan permasalahan serta isu-isu berbangkit melibatkan penggiat ekonomi gig di dalam negara.

Pelbagai luahan dan isu-isu telah diperhalusi serta dibincangkan di dalam sesi libat urus ini dan Pemuda UMNO Malaysia telah mendengar sendiri keluhan daripada wakil-wakil rider yang hadir memberikan pandangan.

Hasil dalam perbincangan ini, 5 Resolusi Persidangan Meja Bulat Tuntutan Hak Penghantar Malaysia dikemukakan dan dimaktubkan seperti berikut :


• Mencadangkan status individu terbabit dalam industri e-hailing & p-hailing diiktiraf sebagai pekerja dan dilindungi oleh Akta Kerja 1955 dan akta-akta berkaitan.

• Mewujudkan sebuah badan kawal selia yang mengkaji keperluan peraturan (regulations) yang lebih adil dan realistik untuk penyedia perkhidmatan dan penghantar.

• Memastikan kaedah terbaik untuk penyedia perkhidmatan menyediakan perlindungan sosial (KWSP & PERKESO) buat penghantar-pengantar di Malaysia.

• Mencadangkan Kerajaan memberikan dan menyediakan bantuan khas kepada penghantar-penghantar di dalam Bajet 2022 nanti.

• Mendesak penyedia perkhidmatan untuk menjamin pekerjaan penghantar-penghantar dengan menangguhkan penggantungan dan penamatan khidmat penghantar-penghantar dalam tempoh pendamik ini.

Perubahan landskap dalam struktur ekonomi membolehkan penggiat gig ekonomi ini menjadi lebih penting dan pastinya hak-hak mereka juga perlu dipertahankan.

Pemuda UMNO, melalui agenda #PemudaJurubicaraRakyat akan memastikan suara-suara dihebah luas dan didengari di peringkat Kerajaan.