Oleh Shazrina Sabri
KUALA LUMPUR, Malaysia--Seseorang yang berfikir tentang bunuh diri mempunyai pelbagai sebab dan tahukah anda, bercakap dengan mereka mengenai pemikiran mereka tidak menjadikan mereka lebih cenderung untuk mengakhiri hidup mereka, malah boleh mengelakkan mereka untuk mengambil nyawa mereka sendiri. Ini yang boleh anda lakukan:
Pilih masa dan tempat di mana anda boleh bercakap dengan mereka secara terbuka dan mudah tanpa gangguan.
Mungkin semasa anda melakukan sesuatu bersama, semasa anda berjalan-jalan, bahkan semasa memandu.
Sekiranya anda melihat seseorang bercakap mengenai bunuh diri secara dalam talian, hantar mesej kepada mereka secara peribadi dan jangan kongsikan luahan mereka di media sosial.
Mulakan perbualan dengan mereka dengan bertanya soalan-soalan berikut:
a. Apa khabar?
b. Saya mengalami minggu yang memenatkan, bagaimana pula dengan anda?
c. Adakah semuanya baik-baik saja di rumah / tempat kerja / sekolah?
Pastikan anda menunjukkan keprihatinan yang tulus terhadap mereka dan dengar luahan mereka tanpa penilaian.
Setelah anda rasakan mereka telah mula mempunyai rasa percaya kepada anda, anda boleh bertanya secara berterus-terang “adakah anda berfikir untuk membunuh diri?” dan jika mereka mengatakan "ya", anda boleh memberikan respons seperti berikut:
a. Ucapkan terima kasih kerana mempercayai anda dan berkongsi dengan anda
b. Yakinkan mereka bahawa anda akan sentiasa berada di sisi agar mereka tidak rasa bersendirian
c. Beritahu mereka bahawa ada orang lain juga mempunyai perasaan yang sama dan mereka tidak bersendirian.
d. Beri mereka sumber bantuan untuk pencegahan bunuh diri seperti menelefon hotline bantuan
e. Bimbing mereka untuk mendapatkan pertolongan dari pakar kesihatan mental
Mereka mungkin memerlukan masa untuk bercakap dengan seseorang, jadi jika mereka tidak bersedia untuk mendapatkan bantuan profesional, yakinkan mereka bahawa mereka tidak bersendirian dan bimbing mereka untuk mengakses maklumat pertolongan diri secara dalam talian.
Anda juga harus mengetahui apakah mereka telah membuat sebarang perancangan (untuk membunuh diri). Ini penting kerana orang yang telah membuat perancangan adalah lebih berisiko.

Sekiranya anda merasakan bahawa mereka berisiko atau mereka mengatakan bahawa mereka tidak merasa selamat, sila bawa mereka ke unit kecemasan dengan segera. Anda juga dapat membantu mereka membuat rancangan krisis / keselamatan yang terdiri daripada siapa yang harus mereka hubungi dan apa yang harus mereka lakukan dalam situasi krisis.
Berikut pula adalah beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan:

a. Jangan cuba katakan kepada mereka bahawa bunuh diri akan menyakitkan perasaan orang yang mereka sayangi.
b. Jangan cuba menyelesaikan masalah mereka. Sentiasa dengar dengan penuh rasa empati dan tidak menunding jari.
c. Jangan anggap mereka sebagai seseorang yang "mencari perhatian" – pandang serius luahan mereka dan akui perasaan mereka.
d. Jangan cuba mencari jalan keluar yang mudah dengan meminta mereka bersikap ceria atau bersikap positif. Ini akan menunjukkan bahawa anda menafikan perasaan mereka.
Nota:
Seseorang yang memikirkan tentang bunuh diri mungkin merasa terpencil dan putus asa. Jadilah orang yang mendengar tanpa spekulasi dan bantu mereka mendapatkan sokongan dan bantuan yang mereka perlukan.
*Shazrina Sabri seorang ahli psikologi klinikal KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital*

0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published