Logo site
Saturday, 14th of February, 2026
  • Home
  • About Us
  • Support Us
  • Join us in Telegram
Logo site
Advertiser space
Logo site
  • MAIN
  • Politics
  • Analysis
  • Bahasa
  • ICTV24
  • Coronavirus
  • World
  • Asean
  • Financial
  • Sport
  • Defense
logo
  • Home
  • News
    • Politics
    • Analysis
    • Bahasa
    • ICTV24
    • Coronavirus
    • World
    • Asean
    • Financial
    • Sport
    • Defense

Copyright TheInsNews - All right reserved

Hot news
Malaysia Must Prepare For An Economic Slowdown
Media Freedom In Malaysia: Two Steps Forward, Two Steps Backwards!
Zelensky Regime Submits Draft Law For Mobilising Another 500,000
Collective West, Ukraine Ramp Up Anti-Russian Rhetoric
Reveal why PDRM failed the family of Amri Che Mat
Previous Next
  1. Home
  2. Analysis
  3. Persaingan Dalam Reformasi Institusi Adalah Baik Tetapi Undi Percaya Perlu Dibuat Bulan Ogos

Persaingan Dalam Reformasi Institusi Adalah Baik Tetapi Undi Percaya Perlu Dibuat Bulan Ogos

2021-08-14 10:25:51 0 Comments 117299 view
Facebook Twitter Email WhatsApp Telegram
 
 Oleh Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, Malaysia--Gabungan untuk Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menganggap tawaran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk beberapa pembaharuan institusi sebagai balasan sokongan daripada Pembangkang dalam usul Undi Percaya di Dewan Rakyat adalah langkah yang baik untuk kestabilan politik dan demokrasi berparlimen negara kita. Namun Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) supaya sebuah kerajaan minoriti ini kekal berfungsi tidak boleh hanya datang daripada Muhyiddin, tetapi juga mereka yang beraspirasi untuk menjadi Perdana Menteri dan memegang kerajaan selepas ini. Kami menggesa mereka untuk bersaing di atas dasar pembaharuan bagi membentuk kerajaan yang stabil dengan pada masa yang sama menyelesaikan kelompangan sistem politik negara.

Sementara itu, Muhyiddin yang mengakui kehilangan majoriti di Dewan mewajibkan beliau untuk membuktikan semula sokongan di Parlimen dengan usul Undi Percaya, sekiranya beliau tidak mahu meletakkan jawatan atau membubarkan parlimen segera berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

Pendirian penuh kami seperti berikut:

1. Muhyiddin tidak boleh memegang kuasa sehingga selepas Titah Diraja pada September. Titah Diraja tidak mewakili pandangan peribadi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tetapi pelan tatatadbir kerajaan. Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak membuktikan majoriti beliau di parlimen, ini tidak membenarkan beliau untuk menangguhkannya sesuka hati. Sekiranya tewas, kerajaan baharu perlu diberikan masa untuk menyediakan Titah Diraja. YDPA tidak wajar untuk memberikan dua Titah Diraja dalam sela masa yang dekat, yang akan menghakis peripentingnya prosedur ini dalam demokrasi berparlimen.

2. Kami sangat menggalakkan kem pembangkang yang kini mempunyai 120 Ahli Parlimen anti-Muhyiddin untuk bersaing dengan cadangan kerajaan PN dengan segera membentangkan majoriti 111 atau lebih dan memberikan pakej pembaharuan yang mengukuhkan pentadbiran merentas parti. Mekanisme pembuktian ini agar Pembangkang mempunyai majoriti sebelum mereka dapat membuang PM sedia ada diistilahkan sebagai Undi Tidak Percaya Konstruktif (Constructive Voice of No Confidence). Ia perlu dipertimbangkan untuk mengelakkan kekhuatiran orang ramai kepada kekosongan kementerian – sebagaimana yang berlaku apabila Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 24 Februari 2020 dan pembentukan kabinet Perikatan Nasional (PN) pada 8 Mac 2020.

3. Pakej pembaharuan yang ditawarkan oleh adalah Muhyiddin tidak lengkap. Kami menggesa kedua-dua kerajaan PN serta Pembangkang yang diketuai oleh PH dan UMNO untuk menawarkan pakej berikut untuk pembaharuan dan kestabilan:
a. Pembuatan dasar berkaitan pandemik yang lebih inklusif melalui Majlis Persekutuan-Negeri Bagi Kesihatan dan ekonomi, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan ahli parlimen, dengan keanggotaan oleh menteri kanan, ahli parlimen pembangkang kanan, kesemua 13 Menteri Besar dan Ketua Menteri serta pakar atau teknokrat.
b. Manual kabinet yang menjelaskan konvensyen perlembagaan dan peraturan pentadbiran untuk isu utama seperti pembentukan kerajaan, kerajaan sementara, prerogatif Ketua Pembangkang Parlimen dan menteri bayangan;
c. Pembaharuan parlimen yang lebih luas berbanding pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) dan peruntukan saksama pengerusi jawatankuasa, yang meliputi kuasa menetapkan agenda oleh Perdana Menteri dan Speaker, keutamaan usul percaya dan tidak percaya, Akta Perkhidmatan Parlimen dan rang undang-undang persendirian;
d. Pembaharuan Jabatan Peguam Negara (AGC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menghapuskan pendakwaan terpilih dan kekebalan;
e. Buka peluang undi tidak hadir dan siaran kempen untuk meminimumkan risiko kesihatan semasa pilihan raya dalam pandemik;
f. Pembaharuan sistem pilihan raya dan institusi menguruskan pilihan raya serta parti politik, meliputi SPR, ROS dan pengenalan kerusi Perwakilan Berkadaran Senarai Parti dengan kuota jantina serta pilihan raya pecat.

4. Untuk menggariskan komitmen pembaharuan dan mengembalikan kepercayaan rakyat, kerajaan Perikatan Nasional perlu segera:
a. meminda Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk mengutamakan usul percaya/tidak percaya pada masa akan datang;
b. melaksanakan Undi 18 dengan segera mewartakan hari bekerja seterusnya sebagai tarikh pindaan perlembagaan berkuatkuasa; dan
c. menghentikan semua tahanan, pendakwaan dan gangguan kerajaan kepada mereka yang mengkritik kerajaan serta membantu perhimpunan aman #Lawan pada 21 Ogos.
 
Ketuanan Pengundi! Hidup Demokrasi!

Related articles

Space-Based Blackmail: How the Golden Dome Will Be Used As A Geopolitical Tool
Space-Based Blackmail: How the Golden Dome Will Be Used As A Geopolitical Tool
2025-09-17 14:06:06
The Biden Administration, Palestinians And Inconvenient Truths
The Biden Administration, Palestinians And Inconvenient Truths
2023-12-27 12:13:09
Corruption Perception Index 2021: ACCIN Calls For Urgent Reform Of Government Institutions
Corruption Perception Index 2021: ACCIN Calls For Urgent Reform Of Government Institutions
2022-01-28 16:30:09
COVID-19 Vaccine For Children 3 TO 11 Years Will Accelerate Herd Immunity
COVID-19 Vaccine For Children 3 TO 11 Years Will Accelerate Herd Immunity
2021-10-15 17:49:05
Could DAP Dump PH To Join BN After GE15?
Could DAP Dump PH To Join BN After GE15?
2022-10-26 17:28:25

It can be interesting

Image description

Some Vaccines Last a Lifetime. Here’s Why Covid-19 Shots Don’t

2021-11-29 13:25:32 0

0 Comments

LEAVE A REPLY

Your email address will not be published

Please insert your comment
Please insert your name
Please insert your email address

Social links

      Support us   Join us in Telegram

Most read

Image description

Vietnam At A Strategic Inflection Point

2026-02-12 10:24:26
Image description

Solar Farms On Forests And Farmland “Unacceptable”, Says Cyprus Environmental Group

2026-02-12 10:28:27
Image description

Trump-Class Battleships Are ‘Exactly’ what The Navy Needs, SWO Boss Says

2026-02-12 10:05:21
Image description

2026: The Year The World Reckons With Trump’s America

2026-02-12 02:35:25
Image description

Central Asia Doesn't Need Another Great Game

2025-11-24 13:27:24

Most commented

  • Agree, we are the same mankind in this world, wars have been taken for centuries, and we have to sto
    Posted by James at 2021-09-23 09:35:09
    Read article
  • That's the answer for PEACE! Looking forward to the peaceful world where there's no war but only lov
    Posted by Kay at 2021-09-23 09:31:04
    Read article
  • DATUK YIP KUM FOOK (bekas pengerusi MCA Taman Daya dan Gombak), dia dalam kes mahkamah, kerajaan per
    Posted by lee at 2025-06-05 15:32:37
    Read article
  • This content succeeds in explaining the topic through logical sequencing, clear wording, and consist
    Posted by kaconk at 2026-01-28 07:36:07
    Read article
  • Ya documents aere fake
    Posted by jo at 2021-02-04 07:40:02
    Read article

About Us

footer logo

[email protected]

Social links

      Support us   Join us in Telegram
  • mobilization
  • PrSM
  • Major Non-NATO Ally (MNNA)
  • MAWIP
  • ELSA
  • Tawila
  • APEC
  • "Cybersecurity News"
  • Petra News
  • Three Gorges Dam
  • Ismail Haniyeh
  • WTO
  • Lebanon
  • southern Caribbean
  • Fujian
  • VisionLabs
  • Energy Crisis
  • BERSIH
  • Zaporizhzhya Nuclear Power Plant
  • Collin Koh
  • France
  • “Make America Great Again (MAGA)”
  • coal
  • Zamzam
  • Lashkar-e-Taiba

Editor Picks

Image description

From 1MDB to Madani: History Repeats Itself

2025-09-30 07:38:43
Image description

Akta Perolehan Kerajaan Perlu Institusikan Langkah Ketelusan Dalam Perolehan Demi Membina Kepercayaan Rakyat

2024-06-09 14:43:06
Image description

Petrol Pain Coming For Malaysia’s Elderly

2024-05-29 04:42:50
Image description

Media Freedom In Malaysia: Two Steps Forward, Two Steps Backwards!

2024-05-06 01:26:11
Image description

Syria Crisis Intensifies In Shadow Of Gaza war

2024-04-29 13:46:09

Popular Posts

Image description

What to Expect from the Biden-Xi Meeting - And It's Not Good

2021-11-14 10:30:09
Image description

Today's Nazis Are Hamas

2023-11-13 15:05:25
Image description

Promoting peace and stability in the South China Sea through maritime cooperation

2021-06-21 14:42:30
Image description

US Hypocritical About Russia-Ukraine War, Says Senator Sanders

2022-03-05 13:56:46
Image description

Myanmar’s Displaced Struggle To Find Temporary Homes

2024-08-20 15:13:58
  • About
  • Support Us
  • Copyright © TheInsNews - All rights reserved.