Hot news
Kebiadapan dan keangkuhan yang tidak diundang
0 Comments
62548 view
Oleh Tariq Ismail
KUALA LUMPUR, Malaysia-- Kenyataan Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi meniti kebiadaban dan menjurus keangkuhan oleh seorang pemimpin tak diundang terhadap seorang pemerintah yang hak.
Permainan yang bermula dengan kudeta antara politikus kini dipalitkan natijahnya kepada DYMM YDP Agung dan Raja-raja.
Sangkanya Raja tak berhak bersuara atas tindakan kudeta berterusan atas nama DYMM YDP Agung dan Institusi DiRaja.
Walhal hak memerintah di bawah perlembagaan negara ini bukan mutlak pada yang tak diundang di waktu darurat.
Saya tahu walau sekuat mana saya jerit, mereka takkan letak jawatan pun kerana hanya pemimpin yang berintegriti akan bertindak dengan betul.
Tak apa. Saya pasti sedikit masa lagi, akan terjerutlah pemimpin-pemimpin ini dek keangkuhan dan penipuan mereka terhadap YDP Agung, Insititusi DiRaja dan negara.
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published