By Tree Light

Kejatuhan Empayar Rom Barat pada tahun 476 AD berlaku kesan daripada akibat ketidakstabilan pengagihan makanan kepada rakyatnya di antara kerajaan Rom yang berpusat di Itali dan jajahannya yang berada di bahagian benua Eropah yang lain. Pemberontakan oleh rakyat golongan bawahan telah bermula dari German dan merebak sehingga ke Itali. Yang terselamat hanyalah Empayar Rom Timur yang berpusat di Konstantinopel sehingga ia jatuh kepada Turki seribu tahun kemudian.

Cura Annonae adalah nama sebuah tempat yang digunakan untuk penyimpanan biji-bijian dan gandum di kota-kota Rom. Selepas penubuhan semula Byzantium oleh Constantine The Great di antara tahun 306 sehingga 337 masihi, bandar kekaisaran di Konstantinopel mempunyai sendiri cura annonae mereka.

Rom mengimport sebahagian besar biji-bijian yang dimakan oleh penduduknya yang dianggarkan berjumlah satu juta orang pada abad kedua Masihi.Sejumlah gandum yang bersubsidi serta roti telah diberikan secara percuma kepada kira-kira 200,000 orang penduduk miskin di ibukota Rom sahaja.

Sistem pengedaran gandum yang teratur dan efisien adalah sebahagian dari strategi kepemimpinan Rom untuk mengekalkan keharmonian di kalangan penduduknya di bandar dengan memberikan mereka bekalan makanan yang secukupnya. Pada abad 22 masihi, Maharaja Tiberius mengatakan bahawa Cura Annonae jika diabaikan akan menjadi sesuatu yang akan menyebabkan kehancuran sesebuah negara.

Sebilangan besar sumber bijirin yang penting adalah durum gandum, iaitu gandum yang khas dijadikan sebagai bahan ruji untuk dijadikan spageti, makaroni, roti dan lain-lainnya. Durum gandum ini diambil dari Mesir, Afrika Utara dan Sisilia. Sistem logistik untuk memindahkan biji-bijian gandum ini adalah melalui laut dari tempat-tempat tersebut ke Rom dan memerlukan ratusan kapal yang sangat besar. Sistem yang luas ini dapat mengumpulkan gandum-gandum ini dan menyebarkannya ke dalam setiap jajahan Rom itu sendiri.

Bandar Rom berkembang pesat pada abad-abad Republik Rom dan Empayar dan telah mencapai populasi yang menghampiri satu juta orang pada abad kedua masihi. Penduduk bandar telah bertambah melebihi kemampuan pengeluaran makanan kawasan luar bandar berdekatan untuk memenuhi keperluan makanan masyarakat di bandar. Sebagai tambahan kepada keperluan untuk mengimport bijirin komersial ke Rom, bijirin bersubsidi telah diedarkan kepada sebilangan besar penduduk Rom.

Pada abad awal Republik iaitu pada 509 sebelum masihi sehingga 287 sebelum masihi, pemerintah Rom telah campur tangan secara sporadis untuk mengagihkan bijirin bersubsidi ini atau secara percuma kepada penduduknya. Pengedaran berkala bermula pada tahun 123 sebelum masihi dengan undang-undang gandum yang telah diluluskan oleh dewan perhimpunan popular Rom. Undang-undang ini telah meluluskan bahawa setiap warganegara lelaki Rom dewasa yang berumur lebih dari 14 tahun boleh membeli bijian dengan harga di bawah harga pasaran sebanyak lima modii iaitu sebanyak kira-kira 33 kilogram bijirin setiap bulan.

Dianggarkan kira-kira 40,000 orang lelaki dewasa layak untuk mendapat gandum. Pada tahun 62 dan 58 sebelum masihi jumlah warganegara Rom yang berhak mendapat biji-bijian dan gandum telah diperluaskan dan sehingga biji-bijian ini telah menjadi percuma kepada para penerimanya. Jumlah mereka yang mendapat gandum secara percuma atau bersubsidi telah berkembang menjadi sekitar 320,000 orang sebelum dikurangkan menjadi 150,000 orang oleh Julius Ceaser. Ia kemudiannya telah ditetapkan kepada hanya 200,000 orang sahaja oleh Augustus Ceaser. Bilangan yang telah ditetapkan ini tidak berubah sehingga ke akhir Empayar Rom Barat pada tahun 476 Masihi.

Pada abad ke-3 masihi, sedekah gandum atau pemberian gandum secara percuma atau subsidi ini telah digantikan dengan roti semasa zaman pemerintahan Septimius Severus (193-211 Masihi). Severus juga telah mula menyediakan minyak zaitun kepada penduduk Rom dan kemudian Maharaja Orang Aurelian yang memerintah dari 270 hingga 275 masihi telah memerintahkan untuk pengedaran arak dan daging babi kepada rakyatnya.  

Pada akhir tahun 200-an sebelum masihi, biji-bijian telah dikirim ke kota Rom dari Sisilia dan Sardinia. Pada abad pertama sebelum masihi tiga sumber utama gandum adalah dari Sardinia, Sisilia dan Afrika Utara iaitu wilayah yang berpusat di kota kuno Carthage. Dengan penggabungan Mesir ke dalam kerajaan Rom dan pemerintahan Maharaja Agustus, Mesir telah menjadi sumber utama bekalan bijirin untuk Rom yang mana biji-bijian ini telah dijadikan roti dan menjadi bahan terpenting dalam diet penduduk kota Rom.

Lama-kelamaan bekalan makanan ini telah berkurangan dan menyebabkan pengedaran  roti, minyak zaitun, anggur dan daging babi telah disekat dan diterhadkan. Perkara ini berlanjutan sehingga menjelang pengakhiran Empayar Rom Barat pada tahun 476 Masihi walaupun penurunan jumlah penduduk kota Rom telah mengurangkan jumlah makanan yang diperlukan.