Oleh Shahril Hamdan
KUALA LUMPUR, Malaysia--RUU Anti Lompat Parti, antara tumpuan sidang Parlimen pada hari ini. Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada 14 April 2022 berpendirian bahawa RUU Anti Lompat Parti mesti segera direalisasikan sebagai satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati.
Alhamdulillah seperti yang telah dinyatakan oleh Menteri Undang-Undang Dato’ Seri Wan Junaidi pada awal bulan ini, RUU Anti Lompat Parti akan dibentang pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung. Perkara ini menjadi realiti dengan bacaan kali kedua oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Kerajaan telah mengadakan pelbagai sesi libat urus tentang RUU tersebut dan merangka RUU ini selama setahun. Ini bagi mendapat maklum balas dan persetujuan selepas musyawarah dan perincian secara mendalam antara parti-parti politik dan masyarakat awam.
UMNO akan menyokong RUU tersebut seperti yang telah diputuskan oleh Perhimpunan Agung UMNO 2021. Tidak ada alasan untuk mana-mana Ahli Parlimen atau parti politik menolak RUU ini. Akta ini perlu diluluskan dengan tuntas dan disokong oleh semua pihak.
Hot news
RUU Anti-Lompat Parti
0 Comments
70207 view
0 Comments
LEAVE A REPLY
Your email address will not be published